Seorang Maut, Tiga Cedera Ringan Nahas Dua Kenderaan

0
41
Foto: Buletin TV3

KOTA TINGGI: PENIAGA wanita yang berusia 58 tahun maut dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di kilometer 7.0 Jalan Kuala Sedili-Sedili Kechil petang semalam.

“Mangsa yang dilaporkan maut ialah pemandu Toyota Avanza manakala pemandu proton saga, seorang lelaki yang berusia 30 tahun bersama isteri dan seorang anak perempuan, 6 tahun hanya mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian anggota badan dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi tujuan prosedur siasatan.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here