Thursday, April 25, 2024
HomeBERITASentuh Kemaluan Pelajar Lelaki Bagi Tujuan Seksual, Pembantu Operasi Kolej Didakwa

Sentuh Kemaluan Pelajar Lelaki Bagi Tujuan Seksual, Pembantu Operasi Kolej Didakwa

PUTRAJAYA: Seorang pembantu operasi sebuah kolej didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh tuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan lima remaja lelaki.

Menurut Utusan, tertuduh berusia 44 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin M. Kunasundary.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap lima remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan menyentuh kemaluan mereka bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kolej di Selangor antara Februari 2022 hingga bulan lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya, menawarkan jaminan RM60,000 bagi kesemua pertuduhan.

“Syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa,” katanya.

Peguam tertuduh, Nasrul Hadi Mat Saad pula memohon jaminan rendah dengan alasan anak guam perlu menanggung keluarga, lapor Utusan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Kunasundary kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi semua tuduhan berserta syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Disember ini bagi sebutan semula kes.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES