Semua Ini Hanya Fitnah Semata-Mata – Bapa Kandung Zayn Rayyan

0
144
Foto: Berita Harian

PETALING JAYA – Bapa kandung Zayn Rayyan, menolak dakwaan yang dilemparkan orang awam terhadap dirinya yang disyaki sebagai suspek utama kes pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan.

“Saya dianiaya, ini semua fitnah,” kata bapa kepada Zayn Rayyan. Terdahulu, kanak-kanak lelaki tersebut telah dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu.

Ia mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.

Peguam baharu, Fahmi Abd Moin telah tiba di mahkamah pada 8:25 pagi bagi mewakili ibu bapa kandung Zayn Rayyan.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat kanak-kanak austisme terbabit ditemui oleh Kumpulan penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari mangsa.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang hanya jarak 200-meter tidak jauh dari kawasan rumahnya.

Hasil siasatan pihak polis, mangsa disyaki telah dibunuh berdasarkan hasil daripada bedah siasat yang menemukan kesan kecederaan pada tubuh badan dan leher mangsa yang ada kaitan dengan kes jenayah.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here