‘Semua Diminta Bersabar’ -Polis Siasat Kilang Stoking Kalimah Allah Di Batu Pahat

0
113
Foto: Kosmo

KLUANG – Polis telah melakukan siasatan terhadap dakwaan sebuah kilang di Batu Pahat yang mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya menyerahkan kepercayaan kepada polis untuk menjalankan tugas mereka seadilnya.

“Saya telah menghubungi Ketua Polis Daerah Batu Pahat dan beliau mengesahkan tindakan awal telah dibuat. Kita percaya bahawa polis akan melaksanakan tugas mereka, dan saya berharap agar semua orang Islam bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMA) di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor di Kluang hari ini.

Terdahulu, pada 14 Mac lalu tular di media sosial memaparkan stoking yang tertera kalimah Allah dijual di sebuah kedai serbaneka.

Susulan itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai melahirkan rasa kesal atas penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah sebuah cawangannya selain tampil memohon maaf atas kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here