Sunday, May 19, 2024
HomeLUAR NEGARASelepas Diusir Penduduk, Seramai 500 Pelarian Rohingya Mendarat Di Aceh

Selepas Diusir Penduduk, Seramai 500 Pelarian Rohingya Mendarat Di Aceh

BANDA ACEH – Tiga buah bot sarat dengan 500 pelarian Rohingya mendarat di bahagian paling barat Indonesia hari ini, kata sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut agensi pelarian PBB, ia adalah satu daripada pendaratan terbesar sejak etnik tersebut dikenakan tindakan keras ketenteraan di Myanmar pada 2017.

Pegawai bersekutu agensi berkenaan, Faisal Rahman memberitahu AFP bahawa sebuah bot tiba di daerah Bireuen, wilayah Aceh dengan membawa 256 penumpang.

Sekurang-kurangnya 239 lagi tiba di Pidie, Aceh serta sebuah bot lebih kecil yang membawa 36 pelarian mendarat di Aceh Timur.

“Mereka ditemui di beberapa lokasi. Daripada 256 pelarian di bot yang tiba di Bireuen, 110 ialah wanita dan 60 kanak-kanak,” kata Faisal.

Tambah Faisal, ia merupakan bot sama yang enggan diterima oleh penduduk tempatan, yang kemudian mengarahkan mereka kembali ke laut Khamis lalu. Ia menyebabkan semua pelarian terapung di luar pantai selama berhari-hari.

“Kami mengesahkan perkara itu. Kebanyakan daripada pelarian dikenal pasti oleh pegawai keselamatan ketika mereka mendarat,” jelasnya.

Pendaratan terbaharu itu menjadikan jumlah pelarian Rohingya yang mendarat di wilayah Aceh kini berjumlah lebih 800 orang untuk minggu ini sahaja.

Selasa lalu, 196 pelarian tiba manakala 147 lagi mendarat keesokan harinya, demikian menurut beberapa pegawai.

Ketika ini, semua pelarian ditempatkan di sebuah pusat perlindungan sementara ketika menanti keputusan daripada pihak berkuasa mengenai ‘nasib’ mereka.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES