Selamat tinggal ‘Rumah Biru’ Kampung Baru, Kini Bakal Dirobohkan

0
65

KUALA LUMPUR – ‘Rumah Biru’, yang terkenal dengan seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru dan sering dijadikan lokasi penggambaran filem dan rancangan televisyen, dipercayai bakal dirobohkan.

Menurut salah seorang pemiliknya, Shafiq Abdullah, langkah ini diambil untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah tradisional tersebut.

Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Shafiq menyatakan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan memerlukan kira-kira empat tahun untuk menyiapkan projek tersebut.

“Kampungku, Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini berakhir setelah menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024,” katanya.

“Dengan ini, secara rasmi, kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun, dengan harapan dapat kembali ke tanah kami selepas itu,” katanya di laman sosialnya.

Shafiq juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Rumah Biru yang sering menjadikannya lokasi pilihan untuk bergambar.

“Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang, sama ada secara rasmi atau tidak, ke rumah kami untuk bergambar.

“Mohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan kami sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya.

Dalam perkongsian berasingan, Shafiq menyatakan rasa terkejut apabila permintaan pengguna Facebook untuk mengikutinya di laman sosial meningkat, berikutan perkembangan yang dikongsi awal Jun lalu disiarkan oleh beberapa portal berita.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here