‘Selamat Maju Jaya Buat Anda Dan Harap Kita Akan Bertemu Lagi’ – Salah

0
39
Foto: Liverpool.com

LIVERPOOL: Mohamed Salah memberi penghormatan kepada Jurgen Klopp di media sosial selepas perlawanan terakhir pengendali itu bersama Liverpool musim ini.

Pengendali dari Jerman itu menamatkan karier di Anfield dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, dan memberikan ucapan penuh emosi.

Penyerang Mesir, Salah, yang bekerjasama dengan Klopp selama beberapa tahun di Liverpool, berharap mereka dapat bertembung lagi pada masa akan datang.

Pemain 31 tahun itu memuat naik gambarnya bersama Klopp ketika latihan dan menulis: “Ia sesuatu yang hebat dapat berkongsi semua trofi dan pengalaman dengan anda sepanjang tujuh tahun lalu.

“Saya ucapkan selamat maju jaya buat anda dan berharap kita akan bertemu lagi.”

Salah menyertai Liverpool pada Jun 2017, dua tahun selepas Klopp mengambil alih kelab – dan menjadi salah seorang penjaring terhebat Liga Perdana Inggeris.

Bersama-sama, mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2019, gelaran Liga Perdana Inggeris pada tahun berikutnya, serta lima kejuaraan domestik dan antarabangsa.

Salah meledak 32 gol pada musim pertamanya, memecahkan rekod gol terbanyak dalam kempen yang menampilkan 38 perlawanan, dan keseluruhan 211 gol sepanjang berada di Merseyside.

Liverpool mengesahkan bos Feyenoord, Arne Slot akan menggantikan Klopp bermula 1 Jun ini, dan dilaporkan untuk kontrak tiga tahun.

Salah, Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk antara bintang-bintang Liverpool yang masih berbaki setahun di dalam kontrak mereka, dan belum dapat dipastikan sama ada mereka akan menjadi sebahagian daripada perancangan jangka panjang Slot di Anfield. – AGENSI

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here