Sekolah Akan Diambil Tindakan Jika Diamkan Kes Gangguan Seksual

0
112
Foto: Kosmo

SHAH ALAM – Pihak sekolah dan guru boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sekiranya tidak melaporkan kes gangguan seksual membabitkan murid masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya mengambil serius berhubung kes jenayah itu bagi mengelak ia meningkat.

“Pada ketika ini, pihak polis hanya menerima sedikit laporan membabitkan kesalahan seksual kanak-kanak, tetapi saya tiada jumlah laporan itu.

“Sama ada suspek didakwa atau sebaliknya, itu di bawah kuasa pihak polis,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Perlindungan Murid Daripada Eksplotaisi Seksual di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Berdasarkan peruntukan tersebut, individu yang gagal membuat laporan boleh dikenakan hukuman berbenuk denda tidak melebihi RM5,000.

Ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang memberikan ganjaran kepada pelapor, Azalina menegaskan, tiada keperluan berbuat demikian kerana melaporkan sesuatu kesalahan itu adalah  fardu kifayah menurut Islam. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here