Sekali Lafaz, Afifah Nasir Sah Bergelar Isteri Syed Hariz

0
103
Foto: Kosmo

Kuala Lumpur : Pelakon, Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Syed Hariz pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, jam 4 petang, hari ini.

Menurut rakan baiknya yang juga pelakon, Riena Diana, dia bersyukur Afifah dan pasangannya sudah selamat bernikah.

“Alhamdulillah, Afifah dan Hariz sah bergelar pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

“Majlis pernikahan mereka bertemakan warna putih dan diadakan secara tertutup serta dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat saja,” katanya.

Difahamkan, majlis resepsi mereka diadakan di lokasi yang sama pada sebelah malamnya.

Afifah bertunang dengan Hariz pada Februari lalu.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here