MERAIH populariti sejak kanak-kanak, pelakon Cinta Laura mengakui takut lupa diri apabila sering dipuja hebat dan digilai ramai.
Selebriti lulusan Universiti Columbia itu mendedahkan pernah melihat seorang artis memiliki tujuh orang pembantu peribadi yang melakukan segala-gala untuknya.Malah Cinta Laura juga menyatakan individu popular terbabit juga seolah-olah bersikap seperti `Tuhan’ apabila pembantunya turut memakaikan sepatu buatnya.
“Saya tengok orang terkenal di negara kita bawa tujuh pembantu dalam satu acara.
“Seorang bawa tas, seorang pakaikan kasut, pegang itu ini tiada fungsi lain. Keadaan sebegitu amat menyedihkan sedih sebab mereka seolah-olah berasa mereka macam `Tuhan’,” ujarnya.
Pendapat yang dikongsi wanita berdarah campuran Indonesia-Jerman itu mengundang pelbagai respons apabila ramai senada dengannya.
Sumber – KOSMO! ONLINE.