Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITASebuah Rumah, Tujuh Kenderaan Musnah Terbakar

Sebuah Rumah, Tujuh Kenderaan Musnah Terbakar

JERTIH – Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.46 petang daripada orang awam dan 13 anggota bersama dua jentera serta satu lori tangki telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kediaman separa kekal dua tingkat telah musnah 80 peratus. Sebuah kereta Perodua Kancil, sebuah lori satu tan dan lima motosikal terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mustafa berkata, api dipadamkan pada jam 9.04 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Liverpool Didakwa Dapat Bantuan Pengadil

0
LIVERPOOL – Pengurus Wolverhampton Wanderers, Vitor Pereira mengakui berang apabila pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate tidak dibuang padang ketika pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi...

CATEGORIES