Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANSebab Berkulit Gelap, Priyanka Chopra Dibuli

Sebab Berkulit Gelap, Priyanka Chopra Dibuli

PERNAH menjadi mangsa buli hanya disebabkan berkulit gelap, Priyanka Chopra dikatakan pernah berdepan masalah tekanan mental atau PTSD ketika zaman remaja.

Perkara tersebut didedahkan ibunya, Madhu Chopra selepas Priyanka yang melebarkan langkah ke Amerika Syarikat itu masih kurang percaya terhadap penampilanya biarpun sudah bergelar Miss World 2020.

Malah, ibunya yang juga seorang doktor menjelaskan anaknya mengalami PTSD atau gangguan stres pascatrauma membuatkan masa remajanya sarat air mata.

Kata Madhu, Priyanka mewarisi warna kulitnya yang lebih gelap berbanding mendiang suaminya yang juga seorang doktor

“Sejak kecil lagi warna kulitnya sudah dijadikan bahan jenaka orang terdekat. Hal itu membuatkan dia sedih dan semakin murung. Apabila mula bersekolah, dia juga berhadapan isu sama,” katanya Maddu.

Sebagai ibu, dia sentiasa menyuntik kata-kata semangat supaya Priyanka tidak menjadikan warna kulit sebagai pembunuh cita-cita, kongsi Kosmo.

Kosmo berkongsi lagi bahawa hari ini keluarganya berbangga apabila bintang berusia 41 tahun itu berjaya mengukir nama sebagai ratu cantik, bahkan menjadi bintang filem ternama sehingga ke arena antarabangsa.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES