Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANSayang Isteri, Imran Aqil Rela Tolak Babak Bersentuhan

Sayang Isteri, Imran Aqil Rela Tolak Babak Bersentuhan

PUCHONG – Pelakon Imran Aqil sanggup menolak watak hero yang memerlukankan babak intim dengan heroin demi menjaga hati isteri tersayang, Dahlia Rizal.

Katanya, dia tidak ralat dengan keputusan diambil sebaik bergelar suami, apatah lagi pendirian tersebut turut difahami pihak produksi.

“Sekarang saya enggan lagi buat babak bersentuhan, pegang-pegang atau mesra melampau yang menyebabkan saya terpaksa tolak tawaran walaupun watak utama.

“Tidak mengapalah galas peranan pembantu, asal tidak mencalarkan perasaan isteri. Saya sendiri pilih untuk elak adegan mesra selepas berkahwin.

“Paling penting adalah perasaan isteri dan ibu saya walaupun dia tak pernah letakkan syarat,” kata Imran, 24, pada majlis pelancaran produk Wawa Tinted Sunscreen di Puchong, baru-baru ini.

Imran yang mengiringi pensohor media sosial itu ketika pelantikan sebagai duta krim pelindung matahari mengakui rezeki selepas mendirikan rumah tangga juga cukup luar biasa.

Katanya, bukan hanya tawaran lakonan, ada beberapa pengeluar produk dan perkhidmatan ingin dia dan Dahlia yang juga pempengaruh tampil berdua sebagai jurucakap.

“Alhamdulilah, rezeki bina masjid. Kami bersyukur apabila Dahlia raih kepercayaan syarikat macam Wawa Cosmetics selain sudah mula melangkah ke dunia lakonan.

“Sebagai teman hidupnya saya bagi galakan kerana tahu dia berbakat, selain boleh pergi jauh sebagai pelakon mahu pun pengacara asalkan pandai jaga diri.

“Saya takkan menyekat kerjaya atau mengongkong isteri kerana kami saling memahami, malah jika ada tawaran untuk tampil berdua apa salahnya kita realisasikan,” ulas pelakon Budak Tebing 2 itu.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin itu, perkahwinan pada usia muda turut mengajarnya supaya lebih tanggungjawab.

Aktor yang baru tiga tahun bertapak dalam arena hiburan itu disatukan dengan suri hatinya, Dahlia, 22, pada 9 September lalu selepas setahun mengikat pertunangan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES