Saya Sudah Biasa Hidup Sendirian – Selena Gomez

0
41
Foto: Kosmo

TIDAK mahu terluka lagi, penyanyi dan pelakon Selena Gomez lebih memilih untuk hidup bersendirian tanpa ada apa apa ikatan selama lima tahun.

Kata Selena, dia sudah biasa hidup bersendirian tanpa pasangan walaupun sebelum berjumpa dengan kekasih hatinya, Benny Blanco.

Ada sesetengah orang berasa takut untuk hidup bujang, tetapi pelantun lagu Lose You To Love Me itu mengakui sudah terbiasa hidup tanpa pasangan.

“Saya sendirian selama lima tahun dan saya sudah terbiasa dengannya.

“Ramai orang takut bersendirian, dan saya mungkin menyeksa diri selama dua tahun, tetapi kemudian saya menerima dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Selena juga diajukan soalan mengenai perkahwinan, dan dia tidak meletakkan apa-apa syarat pada usia berapa untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya muhasabah diri dan tidak meletakkan syarat sama ada ingin bercinta dengan sesiapa pun dan menyerahkannya kepada takdir,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, Selena pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi Justin Bieber and The Weeknd namun kedua duanya putus ditengah jalan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here