“Saya Adalah Orang Baru, Banyak Perkara Perlu Belajar” – YDPA

0
181
Foto: theSun | Daily news

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memaklumkan banyak perkara baharu yang perlu baginda pelajari berikutan masih baru dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Baginda bertitah, pemerintahan baginda sama seperti Yang di-Pertuan Agong yang lalu iaitu mengikuti dasar dan peraturan yang ditetapkan.

“Saya adalah orang baru di sini dan belum sampai satu bulan memegang jawatan Yang Dipertuan Agong, oleh itu banyak perkara yang saya perlu belajar.

“Ucapan saya hari ini lebih halus kalau dibandingkan dengan ucapan saya di Johor, saya bagi peluang supaya tidak ada yang tersinggung, tetapi akan datang harap berjaga-jaga,” titah baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah, kedudukan baginda adalah menjalankan tanggungjawab memikul amanah Raja-Raja.

“Kedudukan saya di sini untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here