Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARASaudia Bakal Tawar Khidmat 'Teksi Terbang' Dari Jeddah Ke Makkah

Saudia Bakal Tawar Khidmat ‘Teksi Terbang’ Dari Jeddah Ke Makkah

MAKKAH: Saudi Arabian Airlines (Saudia) merancang mengendalikan ‘teksi terbang’ untuk membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke hotel di Makkah.

Saudia bercadang membeli kira-kira 100 pesawat untuk mengendalikan perkhidmatan berkenaan.

Syarikat penerbangan nasional Saudi itu membuat persiapan untuk menggunakan teksi udara sebagai mod pengangkutan baharu pada musim haji tahun ini, menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan jurucakap Kumpulan Saudia, Abdullah Al-Shahrani.

Beliau berkata Kumpulan Saudia bersetuju membeli 100 jet Lilium, pesawat lepas landas dan pendaratan menegak elektrik Jerman (eVTOL), untuk ulang-alik antara lapangan terbang Jeddah dan hotel Makkah berhampiran Masjidil Haram dan tempat suci lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES