Tuesday, February 18, 2025
HomeSUKANSarawak Tawar Diri Untuk Upacara Pembukaan Temasya Sukan SEA

Sarawak Tawar Diri Untuk Upacara Pembukaan Temasya Sukan SEA

PENGANJUR bersama temasya Sukan SEA 2027, Sarawak dikatakan menawarkan diri untuk mengambil tanggungjawab bagi mengadakan upacara pembukaan selain menjadi tuan rumah kepada hampir separuh jenis sukan yang dipertandingkan.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd. Nazifuddin Najib berkata, sekiranya Sarawak mengambil tanggungjawab untuk upacara pembukaan, maka Kuala Lumpur akan menjadi venue bagi penutup.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut akan dibincangkan secara lebih terperinci sebaik sahaja Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dibentuk selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

“Mereka (Sarawak) akan buat upacara pembukaan (Sukan SEA 2027) selain ada beberapa jenis sukan diminta oleh Sarawak seperti terjun. Bagaimanapun, perkara ini akan dibincangkan lagi secara terperinci.

“Kalau pembukaan di Sarawak, oleh itu kita akan minta supaya penutup diadakan di Kuala Lumpur. Mungkin tahun depan ada pelantikan ketua MASOC, jadi kita akan ada maklumat lebih lanjut,” katanya.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama upacara pembukaan temasya sukan dwitahunan itu diadakan di Sarawak memandangkan secara tradisinya ia sering dibuat di Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia.

Selain Sarawak, beberapa negeri lain termasuk Pulau Pinang dan Johor akan bersama-sama Kuala Lumpur bagi menjayakan temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu bagi edisi ke-34.

Sementara itu, Nazifuddin juga berkata, penganjuran beberapa jenis sukan di Sarawak mungkin akan tertumpu di satu kawasan sahaja bagi memudahkan pergerakan atlet-atlet dari semua negara yang bertanding.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Liverpool Didakwa Dapat Bantuan Pengadil

0
LIVERPOOL – Pengurus Wolverhampton Wanderers, Vitor Pereira mengakui berang apabila pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate tidak dibuang padang ketika pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi...

CATEGORIES