Sanusi Cakap Tak Ikut Fakta, Buka Mulut Sahaja Bohong – Fahmi Fadzil

0
67
Foto: Berita Harian

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai seorang yang bermasalah kerana sering mengeluarkan kenyataan tidak mengikut fakta.

Fahmi berkata sebagai seorang Menteri Besar, Sanusi tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian.

“Itu mirip kenyataan hasutan dan juga bersifat perkauman, beliau sering kali tidak bercakap dengan fakta, buka mulut sahaja bohong.

“Ini sikap tidak baik bagi seorang Menteri Besar, tidak patut beliau berkelakuan seperti itu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Pengarah Pilihan Raya PAS itu kononnya kerajaan Pulau Pinang mengambil sikap diskriminasi dalam pengagihan air di negeri berkenaan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here