Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURAN‘Sana Sini Orang Kutuk, Caci Maki Anak Saya’ - Abby Abadi

‘Sana Sini Orang Kutuk, Caci Maki Anak Saya’ – Abby Abadi

PETALING JAYA – Bengang dengan sikap segelintir pihak, pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan khalayak mencaci anak perempuannya dalam media sosial.

Kata Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, komen tidak beradab tersebut seolah-olah anaknya iaitu Marissa Dania menganggu dan menyakiti kehidupan mereka.“Sana sini masih ada yang kutuk dan caci maki anak saya (Marissa).

Cara komen kononnya diri paling tersakiti,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon drama Gerak Khas itu turut menitipkan nasihat agar netizen sentiasa mengingati Allah sebelum meninggalkan sebarang komen jahat.

“Adik, kakak dan mak cik, ingat Allah banyak-banyak okey? Tak suka abaikan sahajalah wahai wanita syurga.

“Jangan biar hati membusuk, dengki dengan rezeki orang sampai buat apa pun semua tak kena,” ujarnya.

Sebelum ini, Marissa Dania Hakim yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 25 Disember tahun lalu.

Tindakan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga turut mengundang kecaman netizen memandangkan Aslam sudah mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES