Thursday, April 25, 2024
HomeBERITASampah Berselerakan Dan Membusuk, Penduduk Pulau Redang Bimbang

Sampah Berselerakan Dan Membusuk, Penduduk Pulau Redang Bimbang

KUALA NERUS, 8 Okt (Bernama) — Masalah sampah yang serius dan membusuk kerana sistem kutipan yang tidak efisien menghantui penduduk Kampung Baru, Pulau Redang sejak setahun lepas.

Penduduk mendakwa masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi beriaya diselesaikan dalam tempo beberapa bulan selepas aduan kepada pihak berkaitan dikemukakan.

Seorang penduduk, Johasman Husin, 44, berkata masalah yang berlarutan selama setahun itu member tekanan kepada penduduk kampung kerana terpaksa menghidu bau busk sampah yang “menggunung” setiap hari.

Menurut Bernama, Johasman berkata masalah timbul apabila kontraktor yang menguruskan kerja-kerja pembersihan hanya mengambil separuh daripada sampah yang ada untuk dilupuskan, manakala separuh lagi gagal diuruskan sehingga menyebabkan longgokan dalam jangka masa panjang.

“Semua sampah yang dibawa ke pusat pengumpulan di Kampung Baru bukan sahaja datang daripada penduduk di sini, tetapi semua resort dan chalet yang ada di Pulau Redang.

“Setiap hari dianggarkan 3,000 tan metrik sampah dibawa ke sini, tetapi hanya separuh yang diambil untuk dilupuskan. Sudah tentulah lama-kelamaan sampah itu akan menimbun dan membusuk,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru, Pulau Redang petang semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Jaafar, 68, berkata masalah terbabit jika dibiarkan berlarutan akan menjejaskan imej Pulau Redang sebagai pusat pelancongan terkenal di negara ini.

Menurutnya, walaupun kedudukan Kampung Bar terpisah daripada kawasan chalet dan resort, ia tetap menerima kunjungan pelancong asing yang ingin menikmati pemandangan perkampungan nelayan dan budaya masyarakat di situ, lapor Bernama lagi.

“Kampung Baru ialah sebahagian daripada Pulau Redang. Saya pasti pihak kerajaan tidak mahu masalah sebegini menjejaskan reputasi Pulau Redang sebagai lokasi pelancongan yang berprestii.

“Ramai pengusaha kedai makan di sini terjejas kerana bau busk yang meloyakan membunuh selera pelanggan,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk kampung merayu supaya pihak kerajaan neger mengambil tindakan segera bagi menangani masalah it yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES