Sambutan Hangat Sempena Aidilfitri, Baju Melayu ‘Famous’ Di Selatan Thailand

0
186
Foto: Berita Harian

Pattani: Dalam kesibukan menyediakan kelengkapan menjelang hari lebaran, masyarakat Islam di selatan Thailand, khususnya golongan muda, tetap tidak lupa dengan pilihan fesyen pakaian tradisional.

Selain jubah dan kurta, baju Melayu pelbagai warna kini semakin mendapat sambutan di sini, termasuk yang dihasilkan pereka tempatan.

Melihat trend ini, seorang pereka tempatan dan pencinta busana Melayu di Narathiwat, Muhammad Sabri Jehloh, 48, mendapat ilham untuk menghasilkan jenama sendiri iaitu “Bustani” untuk memenuhi permintaan anak muda tempatan sempena sambutan Aidilfitri ini.

“Bustani dari Pattani untuk Pattani. Ia adalah kebanggaan orang Pattani dan satu jenama eksklusif dan setanding dengan jenama-jenama lain di pasaran,” kata Muhammad Sabri kepada Bernama, baru-baru ini.

Beliau berkata, bustani dalam bahasa Arab bermaksud “kebun” dan dalam konotasi rekaan baju Melayunya, membawa maksud sebuah tempat berteduh dan berhimpun untuk masyarakat Pattani.

“Inspirasi pertama untuk kita buat baju Melayu sendiri ialah kita tengok tiap-tiap tahun di Pattani pada raya ketiga, terdapatnya perhimpunan yang dihadiri antara 10,000 hingga 15,000 pemuda-pemudi yang menggayakan baju Melayu.

“Jadi saya tengok di situ kenapakah kita tidak mengambil peluang untuk mendapatkan hasil dari situ,” katanya.

Sabri berkata, 10 peratus daripada untung jualan akan disumbangkan kepada Tabung Palestin dan 20 peratus lagi akan digunakan untuk mewujudkan bengkel kemahiran jahitan khas untuk ibu tunggal di kawasan ini.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here