Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURANSambal, Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Perolehi Sijil Halal

Sambal, Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Perolehi Sijil Halal

SHAH ALAM – Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi keluaran pempengaruh terkenal, Khairul Aming menerima pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 31, berkata, pemilikan sijil halal berkenaan membuka peluang kepadanya untuk memasarkan produk ke pasaran luar dengan lebih meluas.

“Hari ini kita nak umumkan yang kita dah dapat sijil halal Jakim untuk produk jenama Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi dan juga Sambal Nyet Berapi.

“Sebenarnya, tahun ini kita letak sasaran nak dapatkan sijil halal untuk kilang Khairul Aming di Kota Bharu, Kelantan. Hari ini, Alhamdulillah kita dah dapat sijil halal itu daripada Jakim,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok pada Rabu.

Khairul Aming merupakan pempengaruh media sosial dan beliau mula dikenali kerana kebolehan memasak serta menghasilkan kandungan dengan berkongsi resipi masakan menarik dan mudah diikuti.

Beliau merupakan salah seorang personaliti media sosial yang sangat berjaya di Malaysia, bukan sahaja dalam bidang masakan tetapi juga dalam dunia keusahawanan.

Mengulas lanjut, Khairul Aming memaklumkan, selain daripada sijil halal, produk keluarannya juga sudah mendapat kelulusan Skim Pensijilan MeSTI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ujarnya, dengan hanya satu kilang dibangunkan di Kota Bharu, kini beliau sudah memiliki 100 pekerja hasil kerja keras yang bermula daripada bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES