Sajat Nafi Hidap Kanser, Hanya Disyaki Kerana Makin Kurus

0
174

Kuala Lumpur: Pempengaruh yang juga usahawan kosmetik, Nur Sajat menafikan dirinya menghidap kanser sebaliknya doktor hanya mengesyaki dia menghidap penyakit berbahaya itu berikutan berat badan turun mendadak.

Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, berkata, doktor menyarankan dia menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh serta menjalani Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).

“Saya hanya disyaki hidap kanser bukannya betul. Doktor syak ada kanser sebab terkejut tengok saya kurus mendadak sebab dia kenal saya.

“Dia tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan juga CT Scan.

“Biasalah doktor dekat sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun dia tahu kita ada kad kesihatan jadi dia nak buat ‘claim’ lah tu,” katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Menurutnya, berat badannya turun mungkin kerana mengikuti kelas tarian, pada masa sama dia turut menukar rutin diet harian.

“Saya kurus sebab masuk kelas menari, lepas itu saya juga tukar rutin diet. Doktor sini akan tanya macam-macam, bila tengok kita kurus, dia akan suspek bukan-bukan.

“Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun anda semua bukan sayang saya pun,” katanya.

Menurutnya, ada kala dia berasa tertekan apabila berat badannya yang semakin susut dipersoalkan setiap kali tampil bersiaran langsung di TikTok.

“Anda semua pun asyik tanya sama ada saya sakit? Benda itu buatkan saya jadi emosi, sudahlah saya seorang diri di sini.

“Di sini doktor cakap saya sakit, anda pun asyik cakap yang sama. Sakit hati pula saya dengar, saya harap ia sekadar andaian bukan betul-betul,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Sajat tidak berjaya.

Terdahulu, Sajat memaklumkan dia sedang sakit kanser dan menunggu ajal.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here