Saturday, February 15, 2025
HomeVIRALSajat Bengang Dituduh Minum Arak

Sajat Bengang Dituduh Minum Arak

PETALING JAYA – “Saya ke sini bukan buat apa, saya jadi pengintip sahaja,cari maklumat.”

Demikian respons ringkas usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Sajat apabila dituduh minum arak di sebuah konsert terbuka di Australia baru-baru ini.

Menurut Kosmo, sajat menerusi ruangan komen video terbaharunya di Instagram hari ini membidas segala tuduhan dan kecaman netizen yang menyifatkan dirinya sebagai perosak agama.

Ramai yang mendakwa Sajat memegang cawan berisi minuman keras sambil berhibur dalam konsert tersebut.

Namun, Sajat menafikan dakwaan tersebut dan katanya ia sekadar minuman berkarbonat.

“Harap faham semua, menjadi seorang spy ini, kena lalui semua ini, saya kan sebagai Inspektor Shafikah watak filem Gerak-Gerak Khas (tetap nak kena ada tajuk kan).

“Korang (anda semua) apa tahu, aku cari maklumat. Penat lah semua benda nak korek pasal apa kita buat dekat sini. Menyampah kita,” selarnya.

Sementara itu, ada juga pengguna lain berseloroh tentang penyamarannya sebagai seorang pengintip.

“Jat (Sajat) mana ada ‘spy’ beritahu dia ‘spy’, gagal la rancangan nak dapat maklumat,” kata Seri.

Malah, Sajat membalas bahawa dia terpaksa mendedahkan penyamarannya kerana sering dihentam oleh netizen.

“Sebab netizen ini mulut banyak, sampai stres kita baca komen. Kita ini cari maklumat, hujung kita dapat maklumat daripada netizen, benci,” jawabnya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES