Sunday, October 6, 2024
HomeLUAR NEGARASaintis Temui Virus Baharu, Sejenis Penyakit Menyerupai Demam Malaria

Saintis Temui Virus Baharu, Sejenis Penyakit Menyerupai Demam Malaria

LIMA, PERU – Sejenis virus yang belum pernah dilihat sebelum ini serta berisiko menyebabkan penyakit menyerupai demam malaria dikesan di Peru, lapor akhbar Metro UK kelmain.

Ia dikesan menjangkiti seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang dimasukkan ke  hospital selepas mengalami demam, sakit kepala, menggigil dan sakit otot selama dua hari.

Doktor-doktor pada mulanya gagal mengenal pasti punca penyakit misteri itu, namun kajian  makmal mendedahkan mengenai sejenis patogen baharu yang tidak diketahui.

Virus itu dikelaskan sebagai phlebovirus. Ia boleh menyebabkan penyakit demam akut termasuk malaria dan demam Rift Valley serta kebiasaannya berjangkit melalui serangga seperti lalat pasir, nyamuk atau kutu.

Terdapat 66 spesies phlebovirus, sembilan daripadanya didapati menyebabkan penyakit demam di Amerika Tengah dan Selatan. Namun, hanya tiga telah dikesan di Peru iaitu virus Echarate (ECHV), virus Maldonado dan virus Candiru.

Menurut penyelidik-penyelidik  dalam jurnal Emerging Infectious Diseases, virus tersebut mula tersebar di hutan-hutan Peru justeru, pemantauan perlu dikekalkan.

“Penemuan kami menunjukkan bahawa satu varian novel ECHV sedang tersebar di kawasan hutan tengah Peru.

“Oleh kerana simptom klinikal jangkitan adalah  menyerupai demam denggi, malaria dan penyakit berjangkit tropika lain yang biasa di rantau ini, pemantauan berterusan diperlukan untuk mengesan patogen baharu dan yang baru muncul untuk melindungi kesihatan penduduk,” kata pasukan penyelidik tersebut.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Wanita Ingat Panggillan ‘Scammer’, Rupanya Menang SSPN BSN

0
JOHOR BAHRU – Seorang warga emas wanita tidak menyangka panggilan ‘scammer’ yang diterima mengubah hidupnya apabila bergelar jutawan segera menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP)...

CATEGORIES