Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITASaintis Bangunkan Vaksin ‘Black Death’

Saintis Bangunkan Vaksin ‘Black Death’

LONDON – Saintis di United Kingdom (UK) sedang membangunkan vaksin untuk mencegah wabak dikenali sebagai ‘Black Death’ ekoran kebimbangan penyakit yang membunuh berjuta-juta orang itu akan muncul semula, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Black Death atau dikenali sebagai wabak bubonik, merupakan pandemik yang melanda Benua Eropah pada abad ke-14.

Wabak itu membunuh 200 juta orang di seluruh dunia, manakala pakar-pakar perubatan bimbang penyakit itu akan muncul semula.

Pasukan di sebalik pembangunan vaksin koronavirus. Oxford AstraZeneca berkata, mereka mencapai kemajuan dalam menghasilkan vaksin yang boleh menghalang wabak bubonik daripada menular.

Percubaan vaksin itu pada 40 orang dewasa yang sihat dan bermula pada 2021, menunjukkan bahawa ia selamat dan boleh menghasilkan imunisasi terhadap keadaan yang membawa maut.

Pengarah Oxford Vaccine Group, Profesor Andrew Pollard berkata, keputusan percubaan itu akan diperiksa oleh pakar-pakar global sebelum ujian pada manusia diteruskan tahun ini.

“Tidak ada vaksin untuk wabak ini yang mendapat kelulusan di UK. Ubat antibiotik adalah satu-satunya rawatan,” katanya.

Pakar-pakar kesihatan terkemuka percaya penyakit bubonik masih wujud di beberapa lokasi di dunia dan mempunyai potensi mencetuskan wabak baharu.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES