Kota Kinabalu: Sabah mencatat peningkatan mendadak kes Covid-19 dengan kenaikan jumlah pesakit positif virus berkenaan mencecah 315 peratus kepada 216 kes sepanjang minggu lalu.
Menteri Penyelaras Covid-19 Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata jumlah itu menunjukkan pertambahan yang ketara berbanding hanya 52 kes pada minggu sebelumnya.
Katanya, semua kes yang dicatat pada Minggu Epidemiologi (ME) 49/2023 itu adalah kes tempatan dengan purata kes aktif sebanyak 19 kes sehari berbanding hanya tiga kes sehari pada ME 48/2023.
“Terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah dan seluruh Malaysia. Bagaimanapun ia masih terkawal.