Ryan Bakery Akhirnya Bergelar Bapa, Syukur Dikurniakan Anak Lelaki

0
31
Foto: Berita Harian

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 30 Disember lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Katanya, bayi lelaki yang diberi nama Ryan Ezra itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 11.30 pagi.

“Alhamdulillah isteri saya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan anak lelaki kami pada 30 Disember lalu,” katanya.

Berita gembira itu dikongsi dalam Instagram hari ini iaitu selepas lima hari kelahiran puteranya yang diberikan nama Ryan Ezra.

Difahamkan buat masa ini si kecil ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) susulan dilahirkan ketika kandungan mencecah 36 minggu.

Bayinya yang turut mengalami demam kuning, pernafasan laju selain terdapat air dalam paru-paru dijangka dibenarkan pulang esok.

Menerusi hantaran sama Ryan turut menzahirkan rasa syukur selain berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan isteri dan anaknya.

“Syukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak saya.

“Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat,” katanya.

Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmy Bakery, 29 dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here