Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURAN‘Rujuk Selesai, Kami Pasangan Suami Isteri Yang Sah’

‘Rujuk Selesai, Kami Pasangan Suami Isteri Yang Sah’

PETALING JAYA – Jodoh masih panjang, penyanyi Datuk Nora Ariffin bersyukur urusan rujuk dengan suami, Dr. Rushdi Ramli sudah selesai di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor pagi tadi.

Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin, 52, memaklumkan bahawa mereka kini kembali sah bergelar suami isteri selain menyifatkan ujian yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Alhamdulillah, selesai kes rujuk depan hakim dan mahkamah. Kami suami isteri yang sah.

“Segala yang berlaku ada hikmahnya dan apabila perkara tidak baik terjadi kita boleh lihat sikap sebenar seseorang,”katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Dalam masa sama, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berfikiran positif dalam apa sahaja musibah yang dihadapi.

“Kadang kala kita perlu melihat diri sendiri melalui proses muhasabah diri. Terima kasih Allah untuk segalanya.

“Apa sahaja baik atau buruk, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

Selepas sebulan mengumumkan perceraian, ibu kepada empat anak itu mengesahkan sudah kembali rujuk dengan Rushdi.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Johan Nawawi pada 1992.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES