Friday, January 24, 2025
HomeVIRALRoommate 'Terpaling' Depression Sampai Biar Bilik Kotor, Bau Busuk

Roommate ‘Terpaling’ Depression Sampai Biar Bilik Kotor, Bau Busuk

PETALING JAYA – Seorang pelajar mengakui tertekan apabila terpaksa duduk sebilik dengan pelajar pengotor yang enggan mengemas bilik atas alasan menghidap depresi.

Menerusi sebuah hantaran tular di laman TikTok, pelajar tersebut telah memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti sikap pengotor rakan sebiliknya yang terpaksa dihadapi setiap hari.

“Agak-agaklah. Orang lain pun menghidap depresi juga tetapi tidaklah sampai begini, setahun tidak pernah kemas bilik.

“Kalau pengotor tu cakap sahaja pengotor. Daripada aku yang sudah boleh kawal depresi sendiri, jadi makin tertekan duduk dengan orang begini,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Tambah pengguna tersebut, disebabkan keadaan bilik yang bersepah dan tidak terurus, dia kerap jatuh sakit dan turut mengalami tekanan perasaan.

“Kepada semua yang cakap sikap pengotor ini disebabkan depresi, tolonglah diam.

“Saya juga menghidap penyakit yang sama. Ada juga kawan-kawan lain yang juga alami depresi namun tidaklah seteruk ini,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, rakan sebiliknya juga boleh buat pelbagai aktiviti lain walaupun menghidap depresi.

“Mujurlah saya dapat tukar bilik. Selepas berhubung dengan pegawai, katanya pelajar tersebut tidak patut dapat bilik kerana setiap semester buat masalah sama,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok meluahkan rasa jijik masing-masing setelah melihat keadaan bilik yang dikongsikan oleh pengguna tersebut.

“Syukur, pemalas aku ini tak pernahlah sampai seteruk ini. Bukan susah pun, kemas sekali seminggu sahaja,” kata Nazura.

“Saya pernah juga tinggal dengan orang macam ini. Samalah dia cakap dia pun hidap depresi tapi kita pula yang tertekan tengok bilik bersepah,” kata Sya.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 31,900 tanda suka dan 1,614 komen.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES