‘Roommate Nafsu Binatang’, Murid Darjah 6 Derita Diliwat 30 Kali

0
829
Foto: ohbulan!

MELAKA, 27 Disember- Seorang kanak-kanak 12 tahun mendedahkan dirinya menjadi mangsa liwat rakan sebiliknya sehingga 30 kali sejak Mei lalu.

Kejadian difahamkan berlaku di sebuah asrama lelaki mualaf di daerah Melaka Tengah.

Perbuatan jijik itu dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang lena tidur dan di tandas asrama.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, mangsa murid tahun enam itu nekad menceritakan perbuatan jijik suspek kepada bapanya pada Sabtu lalu selepas hampir lapan bulan menyimpan rahsia.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa diliwat suspek yang juga seorang penganggur dengan kejadian berlaku 14 Mei lalu, kira-kira pukul 3 pagi.

“Mangsa menyatakan, suspek mengejutnya dari tidur di bilik asrama lelaki sebelum meliwat tanpa kerelaan dan mengulangi perbuatan itu keesokan harinya pada pukul 2 pagi.

“Seterusnya mangsa menyatakan suspek membawanya ke tandas asrama pada 20 Mei kira-kira pukul 9 malam dan menyuruh serta mengugutnya supaya meliwat suspek dan kanak-kanak itu terpaksa akur kerana takut.

“Kejadian tidak terhenti di situ, apabila suspek sekali lagi meliwat mangsa dua hari kemudian di dalam tandas di kompleks itu,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Zainol berkata, sepanjang pengadu berada di asrama terbabit suspek meliwatnya sebanyak 30 kali, namun kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada sesiapa kerana bimbangkan keselamatan diri.

Katanya, lelaki terbabit datang ke rumah mangsa pada pagi Sabtu lalu, selepas pengadu menceritakan perkara itu kepada bapanya.

Dalam pertemuan tersebut, suspek turut cedera akibat dipukul bapa pengadu sebelum ditahan anggota dari Balai Polis Tanjung Minyak.

“Siasatan awal mendapati pengadu anak kedua daripada tiga beradik dan ibunya adalah pembantu guru mualaf di Melaka.

“Pengadu tinggal di asrama lelaki sejak April 2023 bagi memudahkannya pergi ke sekolah kerana ibunya seorang mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita,” katanya.

Katanya, suspek berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang kini direman enam hari sehingga 30 Disember bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here