RM150 Hak Pelajar, Ibu Bapa Dan Sekolah Diminta Jangan Salah Guna Bantuan

0
71
Foto: SelangorKini

JERLUN – Golongan ibu bapa dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 yang diagihkan bagi meringankan beban dalam membuat persediaan sesi persekolahan akan datang.

Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman berkata, seramai 330,000 pelajar daripada 752 sekolah di seluruh negeri ini menerima bantuan itu yang mula diagihkan di sekolah masing-masing.

“Bantuan ini disalurkan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) untuk kegunaan pelajar dalam membuat persediaan untuk sesi persekolahan akan datang.

“Guna wang ini sebaik mungkin untuk anak-anak. Kita harap ibu bapa faham bantuan ini adalah hak pelajar itu sendiri,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam, di sini hari ini.

Beliau pada masa sama menasihatkan semua sekolah agar mematuhi arahan ditetapkan oleh KPM supaya tidak melakukan pemotongan daripada bantuan berkenaan.

“Jumlah ini akan diberikan sepenuhnya untuk kegunaan persekolahan dan pihak sekolah diarahkan untuk tidak membuat sebarang potongan tidak kiralah yuran PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) atau apa juga potongan, tidak dibenarkan. Yang itu kena ambil sumber lain.

“Bantuan RM150 ini mesti diberikan sepenuhnya kepada pelajar dan kementerian sudah mengeluarkan surat arahan berkenaan itu. Walau bagaimanapun setakat ini, jabatan tidak menerima sebarang laporan mengenai pemotongan daripada BAP ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here