Thursday, April 25, 2024
HomeVIRALRisau Kena 'Demerit', Pelajar Sampai Menangis Sebab Bapa Lambat Hantar Pulang Asrama

Risau Kena ‘Demerit’, Pelajar Sampai Menangis Sebab Bapa Lambat Hantar Pulang Asrama

PETALING JAYA – Telatah seorang pelajar perempuan yang menangis kerana takut dimarah dan direkod ‘demerit’ gara-gara bapanya yang lambat hantar pulang ke asrama mencuit hati orang ramai.

Melalui satu hantaran tular yang dimuat naik bapa pelajar tersebut, anaknya itu menangis kerana risau akan didenda dan direkodkan kesilapan disiplin kerana gagal mematuhi masa yang ditetapkan pihak sekolah.

“Menangis sebab hantar dia lambat, risau kena demerit. Dia cakap malam ada rollcall dan kena berdiri kalau lambat,” tulis Khairul Nizam di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian orang ramai serta ada juga beberapa pelajar yang berkongsi pengalaman melalui perkara yang sama ketika di bangku sekolah.

“Iya kadang-kadang kena demerit selepas itu kena marah lagi. Pedih sangat,” tulis seorang pelajar.

Turut meninggalkan komen ialah seorang pengguna yang berkongsi pengalaman sama sehingga ‘trauma’ dengan rekod demerit.

“Ya weh takut, siapa je yang tak takut. Bila cukup je demerit mesti kena buang asrama,” komennya.

Dalam pada itu, ada juga ibu bapa yang tampil berkongsi pengalaman anak-anak mereka yang pernah berhadapan situasi sama.

“Anak saya pun macam ini lah sebab itu saya selalu hantar awal. Saya pun tak suka lambat, pergi sekolah memang kena awal,” ulas Danish Medina.

“Masa anak duduk asrama perkataan demerit ni selalu diulang-ulang, takut sangat kena demerit. Sekarang dah duduk sekolah harian hilang terus perkataan demerit tu,” kata Sweet Twin.

Setakat ini hantaran tular tersebut telah meraih 36,300 tanda suka, 557,200 tontonan dan 130 perkongisan di TikTok. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Didakwa Guna MyKad Rakan Untuk Bekerja, 2 Warga Asing Ditahan

0
PUTRAJAYA: Dua pengawal keselamatan warga asing ditahan semalam selepas didapati menggunakan kad pengenalan (MyKad) rakyat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan. Suspek berusia 21 dan 23 tahun...

CATEGORIES