RFC Grand Final Gegar Bumi Perak, Harumkan Nama Malaysia

0
112

PERAK, 04 DISEMBER 2023 – Hujung minggu lalu telah menyaksikan Majlis Pelepasan Peserta RFC Grand Final kali ke-26 yang diadakan di Perak untuk kali kedua setelah kali pertama pada tahun 2004.

Majlis yang menjadi tarikan bermulanya pertandingan pacuan empat roda telah berjaya disempurnakan oleh YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak.

Juara sembilan kali RFC Tan Eng Joo dari johor turut menyertai RFC Grand Final 2023 yang berlangsung di Perak dari 1 hingga 11 Disember 2023.

Mengikut pencapaian semasa, Malaysia berada di tempat ketiga daripada 10 pertandingan permotoran paling lasak di dunia sebaris dengan Dakar Rally dan Le Mans 24hr Race.

RFC Grand Final bermula dengan acara Prologue di sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah yang seterusnya melalui laluan-laluan hutan dan kawasan pedalaman di sekitar Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Lenggong yang akan berakhir semula ke Ipoh untuk majlis penutup pada 11 Disember nanti.

Khairuddin (tengah) bersama Luis Wee (hujung kiri) melepaskan peserta dari Russia pada Majlis Pelepasan Peserta RFC Grand Final di Ipoh pada Sabtu.

Lebih menarik pada tahun ini, terdapat anjuran Ms RFC khusus untuk golongan wanita menceburi sukan lasak terutamanya dalam pertandingan 4×4 ekstrim.

16 orang peserta juga diuji ketahanan mental dan fizikal dalam Ms RFC dengan melalui laluan berhalangan yang direka khas dalam had masa ditetapkan.

Turut dijemput Adam John dan Tebabo Band bagi menghiburkan peserta dan pengunjung dengan lagu rasmi RFC berjudul “Time Will Tell”, di samping persembahan dari SonaOne yang juga turut sama memeriahkan majlis.

Tahun ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran kira-kira 300 peserta dan wakil media tempatan dan antarabangsa dari Russia, Korea Selatan, Italy dan banyak lagi negara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here