Rempuh Kereta Perodua Bezza, Lelaki Disahkan Terkena Serangan Jantung

0
42
Foto: Buletin TV3

BATU PAHAT: Seorang lelaki dipercayai terkena serangan jantung dan meninggal dunia sebelum kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh sebuah kereta di Jalan Rahmat di sini, malam tadi.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 7.50 malam itu, membabitkan Hyundai Elantra dipandu mangsa dengan Perodua Bezza dipandu wanita berusia 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan pada jam 8 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Parit Jawa, Muar memandu kereta dari arah Batu Pahat menghala ke Jalan Pantai.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas di kiri dan melanggar Perodua Bezza diparkir di lokasi.

“Siasatan polis mendapati mangsa terkena serangan jantung sebelum kemalangan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Katanya lagi, pemandu Perodua Bezza bersama penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987 dan orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here