Sunday, January 26, 2025
HomeBERITARemaja Maut Dirempuh MPV, Beberapa Anggota Terputus Dari Badan

Remaja Maut Dirempuh MPV, Beberapa Anggota Terputus Dari Badan

KLUANG – Seorang remaja yang juga pelajar Kolej Vokasional Kluang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.45 malam itu melibatkan Muhammad Syafiq Haikal Abdullah, 16.

Kemalangan membabitkan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC serta kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Isuzu MUX dipandu lelaki berusia 29 tahun dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 41 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal ketiga-tiga serta beberapa kenderaan lain dalam perjalanan dari arah yang sama daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru, lapor Kosmo.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal telah melanggar belakang SUV Isuzu MUX yang berada di hadapannya menyebabkannya terjatuh di atas jalan raya.

“Kenderaan MPV jenis Toyota Alphard yang berada di belakang motosikal itu serta beberapa kenderaan tidak dikenal pasti tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Nik Mohd Azmi lagi, akibat daripada itu mangsa mengalami kecederaan parah selain terputus beberapa bahagian badan, jelas Kosmo lagi.

Ujarnya lagi, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES