Thursday, November 7, 2024
HomeLUAR NEGARARemaja 15 Tahun Dibunuh Kejam Dan Dibakar Hidup-Hidup

Remaja 15 Tahun Dibunuh Kejam Dan Dibakar Hidup-Hidup

MARSEILLE – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditikam sebanyak 50 kali dan dibakar hidup-hidup dalam kejadian menggemparkan di Perancis.

Pendakwa raya Marseille, Nicolas Bessone berkata, mangsa dibunuh dengan kejam pada Rabu lalu.

“Ia adalah satu bentuk kezaliman yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya merujuk kepada kes mengerikan itu.

Difahamkan, Marseille, bandar kedua terbesar di negara Eropah Barat itu adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah didalangi pelbagai geng jenayah.

“Kebanyakan mangsa dan pelaku adalah golongan muda dan ia semakin membimbangkan,” kata Bessone lagi.

Menurutnya, mangsa tersebut dipercayai diupah banduan berusia 23 tahun untuk menakut-nakutkan geng lawan.

“Remaja malang itu bagaimanapun dilihat anggota geng tersebut yang kemudiannya bertindak menikam berkali-kali sebelum membakarnya hidup-hidup.

“Banduan sama merekrut seorang lagi remaja berumur 14 tahun untuk melancarkan serangan balas dendam, namun dia juga akhirnya dibunuh,” jelasnya.

Dua kes terbaharu itu menjadikan jumlah pembunuhan kejam berkaitan dadah di Marseille meningkat kepada 17 orang sepanjang tahun ini.

SUMBER – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Tekong Darat Seludup PATI Guna Kereta Mewah Tumpas

0
TUMPAT - Taktik tekong darat menggunakan kenderaan mewah untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas berjaya dipatahkan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan...

CATEGORIES