Sunday, November 10, 2024
HomeHIBURANRatu Cantik Evanatie Sannie Kini Menjadi Penyanyi

Ratu Cantik Evanatie Sannie Kini Menjadi Penyanyi

Dunia hiburan tempatan menyaksikan kemunculan bintang baharu, Evanatie Sannie atau lebih dikenali sebagai Evanatie dengan single sulung berjudul Pendam Rasa.

Lagu itu merupakan langkah pertama memperkenalkan suara segarnya yang mampu menarik perhatian pencinta muzik tempatan.
Pendam Rasa yang berentak balada mengisahkan tentang rasa cinta yang terpendam dan tidak mampu diluahkan, perasaan cinta yang terpendam dan tidak terluah.

Melodi mendayu-dayu serta lirik menyentuh perasaan menjadikan Pendam Rasa mudah dihayati mereka yang dilamun cinta.
Evanatie, 23, yang berasal dari Kota Marudu, Sabah berbakat besar dalam muzik malah mahir bermain dram.

Tidak hanya itu, dia juga pernah meraih tempat kelima dalam pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau Sabah pada 2022.

“Saya sangat teruja dengan langkah baharu untuk bergelar penyanyi. Selepas menyertai Unduk Ngadau, saya banyak belajar tentang keyakinan diri dan bagaimana mahu menonjolkan personaliti di hadapan orang ramai.

“Kini, saya mahu meneruskan momentum itu dalam bidang muzik dan berharap lagu Pendam Rasa dapat diterima ramai,” katanya.
Menurut Evanatie lagi, dia bersyukur diberi peluang merakamkan single sulung itu.

“Syukur, saya dapat berkongsi karya ini dengan peminat muzik.

“Sebagai penyanyi baharu, proses menghasilkan lagu ini sangat bermakna. Bermula dengan mencari melodi, kemudian memasukkan lirik, semuanya cukup indah dan disertakan rasa syukur yang sangat mendalam.

“Justeru itu, saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang menjadikan mimpi saya satu kenyataan. Saya juga teruja mahu berkongsi karya ini dengan peminat,” katanya.

Sambung Evanatie, Pendam Rasa cukup dekat di hatinya dan berharap lagu itu dapat memberi inspirasi serta menyentuh perasaan pendengar.

“Tarikan lagu ini bukan hanya sekadar pada rentak melodinya tetapi punya ‘jiwa’ yang mampu menyentuh emosi paling dalam. Inilah yang membuatkan lagu ini istimewa.

“Dengan penuh rasa syukur, saya membayangkan telinga yang ingin meresapi setiap lirik dan setiap mata yang ingin memahami cerita di sebalik melodi.

“Seperti jiwa tidak henti-henti melafazkan rasa syukur atas rahmat yang diberikan,” katanya.

Lebih menarik, Evanatie bernaung di bawah syarikat rakaman sama dengan penyanyi Amir Masdi iaitu AR United Music yang menerbitkan single ini.

Single Pendam Rasa kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik utama seperti Spotify, Apple Musican YouTube.
Video muzik rasminya juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES