Ramai Tidak Tahu, Suami Boleh ‘Meroyan’ Selepas Isteri Bersalin

1
34
Foto: Sirap Limau

RAMAI tidak tahu golongan lelaki juga boleh mengalami meroyan atau kemurungan postpartum walaupun yang bersalin adalah isterinya. Menurut kajian American Journal of Men’s Health, 13.3 peratus golongan bapa bakal menimang cahaya mata mengalami tahap simptom kemurungan meningkat semasa trimester ketiga kehamilan pasangan mereka.

Berkenaan dengan tempoh selepas bersalin, anggaran bilangan lelaki mengalami Paternal Postpartum Depression (PPPD) dalam dua bulan pertama selepas kelahiran berbeza daripada 4 hingga 25 peratus, menurut satu kajian dilakukan pada 2007.

Sebenarnya, simptom PPPD tidak berbeza jauh daripada kemurungan postpartum atau keadaan seseorang ibu selepas melahirkan anak termasuk:

Ahli psikologi perinatal di Jabatan Psikiatri dan Sains Tingkah Laku di Universiti Northwestern, Dr Sheehan Fisher, menegaskan lelaki dan wanita mungkin mengalami simptom kemurungan tetapi masing-masing dengan cara berbeza.

“Terdapat kajian mengenai konsep ‘kemurungan maskulin’ yang mencadangkan lelaki mungkin dilaporkan terlibat dalam tingkah laku eksternal seperti agresif, hiperseksualiti, dan penyalahgunaan bahan seperti alkohol sebagai tindak balas terhadap kemurungan,” katanya seperti dipetik dalam laman web Healthline.

Lelaki cenderung menyimpan perasaan

Sementara itu, Pengarah Postpartum Depression Alliance of Illinois, Dr Sarah Allen, berkata lelaki biasanya bersikap mengabaikan perasaan sedih, putus asa atau bersalah.

“Mereka juga mungkin mengalami konflik dalaman antara bagaimana merasakan seseorang lelaki perlu menjadi atau memiliki perasaan tertentu dengan apakah perasaan mereka sebenar,” katanya.

“Oleh itu, mereka memilih untuk masuk ke dalam mod ‘shutdown’,” tambah Pengasas Shades of Blue Project, Kay Matthews yang mengendalikan projek untuk membantu wanita minoriti mengalami kemurungan dan kegelisahan selepas bersalin.

“Daripada meluahkan kekecewaan, mereka meneruskan dalam bentuk tindakan menunjukkan kemarahan,” katanya.

Cipta ruang berkongsi cerita

Justeru, daripada memutuskan untuk berpisah, setiap pasangan perlu membuat komitmen untuk berhubung semula. Berkomunikasi dengan lebih baik membuatkan lebih mudah untuk bertindak balas terhadap keperluan emosi satu sama lain.

Pakar menegaskan rawatan untuk kemurungan postpartum golongan bapa berbeza, tetapi tetap perlu menjalani psikoterapi dan mengambil ubat antidepresan, seperti perencat selektif pengambilan semula serotonin (SSRI).

Matthews juga menekankan diet, senaman dan meditasi boleh memainkan peranan dalam mengurangkan simptom kemurungan.

Bagaimanapun, langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan tidak kira sesiapapun adalah mengiktiraf bahawa penyakit mental tidak mengenal perbezaan jantina kerana semua orang boleh terjejas dengannya termasuk golongan bapa.

Sumber: Berita Harian

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here