Ramai Tidak Sangka Rupanya Stacy Disebalik Bunga Matahari

0
62

KUALA LUMPUR – Teka-teki pemilik vokal padu di sebalik topeng terjawab apabila penyanyi, Stacy Anam yang memakai kostum Bunga Matahari diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim ke-4 (TMSMY4).

Pada konsert akhir malam tadi, Stacy membawakan lagu Lathi nyanyian asal Sara Fajira dan Cinta nyanyian asal Marsha Milan berjaya menewaskan empat maskot lain selepas berhasil menambat hati juri.

Bunga Matahari membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan pelawak, Namie yang memakai maskot Mat Helang di tempat naib juara.

Sementara itu, pelawak, Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Tempat keempat pula menjadi milik bekas peserta Ceria Popstar, Adinda yang memakai kostum Biskut Aiskrim dan kedudukan kelima diduduki pemakai topeng Teratai, Nabila Razali

Sepanjang tempoh pertandingan, Stacy berjaya bergelar juara mingguan sebanyak tujuh kali iaitu bermula pada minggu ketiga sehingga minggu kesembilan.

Peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri tetap manakala 20 peratus lagi merupakan undian peminat.

Setiap pemenang membawa pulang trofi The Masked Singer Malaysia.

Kesemua persembahan peserta diadili sembilan juri terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Angah, Elly Mazlein, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Terdahulu, rancangan yang dihoskan Datuk AC Mizal itu turut menyaksikan penyingkiran seramai sembilan peserta sepanjang sembilan minggu bersiaran.

Sembilan selebriti tersebut ialah Dr Soo Winci (Kak Cat), Amira Othman dan Irfan Haris (Cili Padi), Rashidi Ishak (Putera Katak), Daiyan Trisya (Ikan Emas), Amelina (Pom Pom Kin) serta Azan Ruffedge (Abang Jagung)

Turut tersingkir, Noki K-Clique (Bawang Putih), Datuk Yusry Abdul Halim (Musang) dan Hun Haqeem (Roti John)

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara langsung dari CIDB Convention Center, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here