Monday, December 2, 2024
HomeHIBURAN"Ramai Orang Muka Baik Tetapi Hati Busuk"

“Ramai Orang Muka Baik Tetapi Hati Busuk”

PETALING JAYA – Sedar dengan realiti, pelakon Ummi Nazeera menyifatkan manusia berwajah suci tidak semestinya berkelakuan baik.

Atas alasan sebegitu, pemilik nama lengkap Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, kini terbuka hati untuk memegang watak antagonis agar dapat menunjukkan realiti tersebut kepada umum biarpun berhijab.“Saya mengidamkan watak antagonis sebab susah nak dapat karakter sedemikian

“Realitinya, ramai orang muka baik tetapi memiliki hati busuk sebab kejahatan datang dari hati bukan muka.

“Apa yang dia buat tak sama dengan penampilan. Ramai juga orang yang tunggang agama walaupun luarannya nampak okey,” katanya dalam sebuah audio siar.

Dalam masa sama, pelakon yang hangat menerusi drama bersiri, Andai Tiada Dia itu hanya akan menerima watak jahat yang disebabkan trauma lampau.

“Bagi saya, bukan sesuatu yang mengejutkan perempuan bertudung bawa watak jahat.

“Saya idamkan watak jahat yang bersebab sebab percaya Allah lahirkan manusia semuanya baik tetapi perjalanan hidup menjadikan dia begitu.

Tidak merujuk kenyataannya kepada mana-mana individu, ibu anak dua itu sebelum ini pernah mengakui bimbang andai memegang watak jahat kerana dapat memberi impak negatif terhadap golongan wanita berhijab.

Dia pernah memegang watak antagonis dan wanita psiko dalam beberapa buah drama seperti Rindu Kasih dan Suri Katriana.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES