PETALING JAYA – Tindakan beberapa individu membuat permintaan di media sosial untuk gambar mereka disunting memakai uniform polis mengundang kritikan netizen.
Menerusi tinjauan Kosmo, rata-rata pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak senang dengan permintaan tersebut dan menyifatkan langkah itu sebagai tidak wajar.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menolak permintaan untuk menyunting wajah individu terbabit kerana tidak mahu gambar itu disalah guna.
Berdasarkan Kosmo, mereka menyatakan kebimbangan bahawa tindakan ini boleh menyebabkan penyalahgunaan imej dan menyebabkan ketidakselesaan.
“Maaf, tidak berani buat takut disalah guna nanti. Kalau nak juga, saya edit pakai seragam polis luar negara. Supaya tidak meragukan,” komen Azman Abdul Hamid.
“Asyik minta edit gambar jadi polis. Nak buat jenayah ke?,” ujar Rosiah Arsad.
“Kalau bukan polis, jangan buat pasal. Mana boleh rakyat biasa pakai seragam polis,” tambah Eddy.
Sumber: Kosmo
Hey very interesting blog!