Ramai Masih Kolot Tuduh Pusat Peradaban Islam ISTAC Sebagai Gereja?

4
283

Kuala Lumpur: Walaupun sudah memberi penerangan jelas, pempengaruh, Ryzal Ibrahim, 32, yang berkongsi video dia melawat International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Bukit Tunku, di sini, tetap dikecam netizen yang mendakwa di memasuki gereja.

Dalam video lawatannya itu, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim berkata, seni bina asal bangunan itu memang ada unsur rekaan gereja.

“Kamu tahu tak ini tempat apa? Nampak macam ‘familiar’ kan? Nampak macam gereja kan? Tempat ini adalah dewan kajian Islamik.

“‘Set-up’ tempat ini nampak macam meragukan. Namun, bila kita sampai sini, ia lebih kepada Islamik. Ia ada seni bina ukiran Sepanyol dan sedikit seni bina Islam,” katanya.

Bagaimanapun, masih ada yang meninggalkan komen mendakwa bangunan terbabit pernah dijadikan sebagai gereja suatu ketika dulu.

Berikutan penularan perdebatan itu, akaun The Patriots mengambil inisiatif berkongsi fakta dan mengulas dengan lebih terperinci mengenai rekaan ISTAC berkenaan di Facebook.

Mengikut penerangannya, seni bina ISTAC sebenarnya dinspirasikan daripada seni bina Andalusia – Maghribi. Ia sebagai kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dulu dapat diulangi semula pada zaman moden.

“Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1991. Tapi sayang, saya jumpa komen-komen yang kata ia macam gereja dan hina institut yang berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam kini.

“Sebegini bebalkah rakyat Malaysia, kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tak kenal?

“Pada hari ini, Dinasti Nasriyah paling diingati sebagai negara Muslim terakhir di Semenanjung Iberia setelah tumbangnya Granada kepada Kristian-Sepanyol. Lebih utama adalah legasi yang ditinggalkan olehnya terutama Alhambra.

“Seni bina Maghribi-Andalusia pun kita tak kenal sehingga didabik sebagai gereja? Oh Alhambra, menangislah dikau di Sepanyol sana, dek kerana kejahilan anak bangsa aku,” katanya.

The Patriots turut membuat perbandingan menggunakan contoh Hagia Sophia yang terletak di Turkiye. Bangunan itu adalah gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh.

Sumber: Harian Metro

4 COMMENTS

  1. Very nice post and right to the point. I am not sure if this is really the
    best place to ask but do you folks have any ideea where to employ some professional writers?
    Thanks 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here