Ramai Gadis ‘Merenyam’ Mahu Jadi Menantu Ibu Khairul Aming

0
82

PETALING JAYA – Usahawan muda, Khairul Aming yang terkenal dengan produk sambal hitam sekali lagi mencuri perhatian apabila memaparkan ibunya ketika sedang membeli barang kemas di sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi klip video rasmi kedai emas tersebut, Khairul dikatakan sedang memilih untuk membeli barang kemas di kedai tersebut telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya golongan wanita setelah menyaksikan ibu kandungnya.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video berdurasi 24 saat itu mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada ibu Khairul Aming.

Ada juga golongan wanita yang ingin menjodohkan anak mereka sehingga ada yang meninggalkan komen supaya menunggu anak perempuan mereka dewasa.

“Ma (ibu Khairul) anak saya baru umur dua tahun ni, boleh tunggu ke?,” tanya Awani.

“Salam Ma, maaf baru balik masjid selawat 70,000 kali sebentar tadi, tak dapat nak teman ma pergi kedai emas,” tulis Sapikahdotkom.

Namun ada juga komen yang tidak senang dengan cara ‘merenyam’ kebanyakan golongan wanita terbabit dan menyifatkan golongan tersebut sebagai ‘gold digger’ (pisau cukur).

“Alah cuba kalau aku yang post video bersama mak aku, tak adanya yang nak meranyam macam ni, nampak sangat gila harta,” kata Khairul Bakri.

“Takut aku tengok komen-komen golongan ni, ada juga yang dah ada suami. Minta jauh dari perkara mungkar. Walaupun bergurau tapi ada juga yang bermaksud begitu,” tulis Aizal Akmal. – KOSMO! ONLINE.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here