Monday, December 2, 2024
HomeBERITARakyat Malaysia Di Indonesia Diminta Waspada Letusan Gunung Berapi Di Flores

Rakyat Malaysia Di Indonesia Diminta Waspada Letusan Gunung Berapi Di Flores

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia yang berada di atau melawat Indonesia dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini berhubung letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan itu berada dalam keadaan selamat, sambil menambah bahawa pihaknya akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberikan maklumat terkini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Kementerian turut menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar untuk berbuat demikian menerusi E-Konsular bagi memastikan mereka menerima sokongan dan kemas kini tepat pada masanya.

Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di Jl H R Rasuna Said Kav.X/6, No 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, melalui telefon di +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036, atau menerusi e-mel di mwjakarta@kln.gov.my.

 

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES