Rakyat Jepun Tidak ‘Mencilok’ Seperti Rakyat Malaysia Di Jalan Raya

1
126
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Tertib dan teratur. Begitulah sikap penunggang motosikal di negara Jepun yang dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi X, hari ini.

Dalam perkongsian sama, pengguna tersebut sempat memberi komen tentang sikap pengguna jalan raya di negara tersebut yang lebih berhemah, tidak seperti rakyat Malaysia yang suka ‘mencilok’.

“Tengok ini, semasa tunggu lampu isyarat, motosikal duduk di belakang kereta. Apabila lampu isyarat bertukar hijau, motosikal akan bergerak di belakang kereta.

“Di sini (Jepun), motosikal sama sahaja seperti kereta. Mereka akan berhenti belakang kenderaan dan tidak menyelit di tengah-tengah kenderaan lain,” katanya dalam video sama.

Tambahnya, penunggang motosikal juga akan memberi isyarat sekiranya ingin memotong walaupun ketika di lebuh raya.

Bagaimanapun, meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat perkara tersebut tidak sesuai dilakukan di Malaysia.

“Kalau di Malaysia buat macam ini, keluar pejabat pukul 5 sampai rumah pukul 1 pagilah jawabnya,” kata Alpath.

“Kita tidak boleh samakan Jepun dengan Malaysia. Di sana, masyarakat gunakan pengangkutan awam. Kita gunakan kenderaan persendirian,” kata Ali.

“Aku tak kisah orang Malaysia mencilok. Apa yang penting, pandu berhati-hati dan berhemah. Bertimbang rasalah, jalan kita kongsi bersama,” kata Ameer.

Kini, hantaran tersebut mendapat 430,000 tanda suka dan dan 200 komen.

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here