Bintulu: “Saya terharu selepas baca isi surat diterima kerana tak sangka Permaisuri sudi dan terbuka hati mengambil anak saya sebagai anak angkat,” kata Roland Jimbai.
Roland, 47, adalah bapa kepada Missclyen, 2, yang dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH).
Roland memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaan selepas menerima surat daripada Istana Negara menyatakan kesudian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengambil Missclyen sebagai anak angkat baginda.
Dalam surat bertarikh 10 Oktober itu, Tunku Azizah turut menyatakan hasratnya menanggung perbelanjaan Missclyen melalui Roland sebagai penjaga bagi kegunaan persekolahan kanak-kanak itu.
Tunku Azizah turut menyatakan hasratnya menanggung perbelanjaan bagi mengubati penyakit CGH atau Sindrom Werewolf yang dihadapi Missclyen dengan harapan bantuan itu dapat meringankan beban Roland dalam menjaga juga membesarkan anak bongsunya.
“Saya terima surat itu daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah pada majlis doa selamat untuk Missclyen semalam.
“Terkejut dan tak sangka tapi keistimewaan Missclyen yang mungkin menarik perhatian Permaisuri untuk ambil sebagai anak angkat.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Permaisuri atas keprihatinan baginda terhadap anak istimewa saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, setakat ini dia hanya menerima surat rasmi daripada Istana Negara dan belum menerima undangan untuk pertemuan dengan Tunku Azizah.
“Saya belum terima panggilan tetapi sedia membawa Missclyen berjumpa dengan Permaisuri jika dipelawa,” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan kisah Missclyen yang bukan hanya menghidap sindrom CGH tetapi dilahirkan tanpa lubang hidung.
Pada 10 September lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong mencemar duli bertemu Missclyen ketika rombongan konvoi Kembara Kenali Borneo singgah di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu-Miri, di sini.
Sumber: Harian Metro
hey there and thank you for your info – I’ve certainly picked up anything new from right
here. I did however expertise several technical issues using this website, since I experienced to reload the
website many times previous to I could get it to load correctly.
I had been wondering if your web hosting is OK? Not that I am complaining, but
slow loading instances times will sometimes affect your placement in google
and can damage your high quality score if advertising and marketing with Adwords.
Anyway I am adding this RSS to my email and could look out for much more of your
respective exciting content. Ensure that you update this again soon..
Hello, Neat post. There’s an issue together with your site in internet explorer,
could test this? IE still is the marketplace chief and a large section of
other people will leave out your great writing due to this problem.