Saturday, June 15, 2024
HomeHIBURANRaih Penonton Teramai, Konsert Beyonce Untung Sebanyak RM2.6 Bilion

Raih Penonton Teramai, Konsert Beyonce Untung Sebanyak RM2.6 Bilion

PENYANYI antarabangsa Beyonce dikhabarkan berjaya meraih kutipan sebanyak AS$578 juta (RM2.7 bilion) hasil daripada jelajah konsertnya, Renaissance World Tour yang berakhir pada 1 Oktober lalu.

Menurut laporan Variety via Live Nation, hasil yang diperolehi daripada konsert sejak Mei 2023 itu melibatkan 56 buah persembahan di 39 buah bandar dengan dihadiri seramai 2.7 juta penonton.

Selain mengaut keuntungan ratusan juta dolar, konsert yang anjuran Parkwood Entertainment itu turut mencatat sejarah tersendiri ketika diadakan di Tottenham Hotspur Stadium, London, England apabila meraih jumlah penonton teramai iaitu sebanyak 238,000 penonton, lapor Kosmo.

Ketika konsert itu berakhir di Kansas, Beyonce turut membuat pengumuman bahawa jelajah persembahannya akan diabadikan dalam bentuk filem dan bakal ditayangkan pada 1 Disember nanti dengan tajuk Renaissance: A Film by Beyonce.

Bahkan, trailer untuk filem tersebut telah pun dilancarkan pada 2 Oktober lalu apabila menayangkan persiapan di sebalik penganjuran konsert mega berkenaan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES