Putus Tunang Boleh Saman Jika Babitkan Kerugian

0
212
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Individu yang pernah ditipu tunang boleh mengambil tindakan menyaman dan mengheret mereka ke mahkamah sekiranya ia membabitkan kerugian.

Menerusi hantaran di TikTok, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyaman bekas tunang masing-masing.

“Boleh saman jika anda mengalami kerugian berbentuk kewangan akibat pembatalan (majlis) tersebut seperti perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis perkahwinan,” katanya.

Menurutnya, mangsa juga boleh mendapatkan pampasan daripada bekas tunang jika mereka berjanji untuk membayar semula perbelanjaan perkahwinan.

“Jangan lupa simpan semua resit sebagai bukti,” pesannya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berkata, langkah tersebut boleh digunakan sekiranya mereka ditipu oleh tunang masing-masing.

“Hutang RM5 pun susah hendak bayar, apatah lagi nak bayar saman beribu-ribu,” kata seorang pengguna.

“Kena ada hitam putih (dokumen) sebelum kahwin sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya tunang minta putus,” kata Ika.

“Kalau dah putus tapi cincin (pertunangan) tak mahu pulangkan, macam mana pula tu Datuk?,” tanya Hakimi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here