Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANPutus Cinta Fasa Perit Buat Mimi Lana

Putus Cinta Fasa Perit Buat Mimi Lana

SEAKAN-AKAN memberi bayangan mengenai hati yang masih terluka, pelakon Mimi Lana mengakui putus cinta merupakan fasa paling menyakitkan dalam hidup.

Begitupun, kata pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, dia tidak suka menunjukkan keperitan yang sedang ditanggung kepada khalayak.

“Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu terhenti. Hidup antara ingatan yang lumpuh dan rindu membunuh.

“Di sebalik senyuman dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi,” luahnya dalam Instagram.

Kata-kata puitis dikongsikan itu turut membayangkan kesunyian dilalui apabila belum bertemu cinta sejati sebagai penawar luka.

“Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa tetapi kasih dan sayang itu sentiasa ada.

“Mungkin kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma maha pengasih dan penyayang,” tulisnya lagi.

Berdasarkan Kosmo, pelakon drama Perempuan Itu juga tidak ketinggalan menzahirkan doa supaya mereka yang sedang melalui fasa kehilangan dapat segera bangkit.

“Penderitaan manusia bermula ketika manusia merasa memiliki. Sakit itu datangnya dari rasa kita pemilik segala-galanya.

“Terus-terusan refleksi diri daripada terus hanyut tanpa arah. Semoga hati hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi,” tulisnya.

Biarpun tidak menyebut mana-mana individu, ruangan komen dibanjiri andaian netizen yang mengaitkan luahan tersebut berkaitan cinta tidak kesampaian dengan aktor Syafiq Kyle.

Malah rakan artis seperti Nabila Huda, Fazura dan Riena Diana turut menitipkan kata-kata semangat manakala rata-rata pengikut memintanya terus kuat menjalani kehidupan.

“Yang terbaik akan datang, tidak kira sesiapa pun dia,” kata pelakon dan penyanyi, Nur Fazura yang disertakan emoji hati.

Terdahulu hubungan Mimi dan aktor berusia 31 tahun itu berakhir seminggu sebelum tarikh mereka mendirikan rumah tangga yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Pengumuman pembatalan pernikahan dan resepsi itu pada saat akhir membuatkan ramai tertanya-tanya situasi sebenar yang masih disimpan kemas.

Sebelum itu, sekitar Mei 2020 pasangan berkenaan juga pernah putus cinta selepas lima tahun bersama, tetapi kasih mereka bertaut semula tidak lama kemudian.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES